Lawak Diet: 5 Langkah Ke Arah Diet Yang Sihat
Tahukah anda bahawa terdapat 5 langkah mudah yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan cara yang murah, mudah dan berkesan? Caranya adalah seperti berikut:
1. Senaraikan 10 jenis makanan yang paling anda suka.
2. Senaraikan 10 jenis minuman yang paling anda suka.
3. Senaraikan 10 jenis sayur-sayuran yang berwarna hijau (seperti sawi, kailan, brokoli dan sebagainya).
4. Senaraikan 5 nama lain untuk air kosong (contohnya air suam, air masak dan lain-lain).
5. Elakkan #1 & #2; hanya makan #3; hanya minum #4.
Lawak Diet: Taktik Menimbang Berat Badan yang Berkesan..
2. Jangan sesekali menimbang berat badan dengan rambut yang basah.
3. Semasa menimbang, tanggalkan segala pakaian, termasuklah cermin mata. Jangan lupa untuk menanggalkan barang kemas terutamanya yang diperbuat daripada logam.
4. Belilah penimbang yang murah. Penimbang yang mahal sangat tepat dan akan menyebabkan anda merasa lebih tertekan.
5. Pastikan anda pergi ke tandas terlebih dahulu.
6. Timbang berat badan anda selepas memotong rambut. Berat anda mungkin akan berkurangan sehingga setengah kilo..
7. Hembus nafas sebelum menimbang (berat udara boleh memberi kesan kepada berat badan sebenar anda)
No comments:
Post a Comment