Click Me... Click Me...

Yang Aku jengah sentiasa

Tuesday, October 27, 2015

Memulakan Perniagaan Kecil Tanpa Kerugian Besar

Assalamualaikum semua...

Apa khabar? Saya ok je.. sihat walafiat.. dan sentiasa bersyukur dengan limpah kurnia yang Allah berikan..
Alhamdulillah..

Sekarang ni.. otak dan fikiran saya berlegar-legar..
berfikir-fikir..
saya teringin untuk berniaga.. walau kecil-kecilan.. kerana sesungguhnya perniagaan itu adalah suatu yang amat disenangi oleh semua..

tapi.. masalah yang melanda adalah... perniagaan apa yang saya nak buat?
apa yang saya pandai? sebab bila terbaca banyak nasihat untuk perniagaan internet atau cara-cara nak mulakan perniagaan.. ILMU adalah penting.. amat penting.. jika tiada ilmu.. kita seperti berniaga tanpa tujuan..

saya berusaha membaca.. menelaah ilmu dari buku.. internet atau apa saja yang boleh memberi maklumat.. dan perkara pertama yang saya belajar adalah..

1. kenali siapa diri anda
>> hanya anda yang tahu tentang diri anda.. org lain tak tau.. jadi.. hanya anda yang tau produk apa yang sesuai dengan anda.. dan anda akan berusaha untuk membeli atau mendapatkan produk tersebut walau dengan apa cara sekalipun.. jadi.. kenali diri anda sepenuhnya.. jika kita dah kenali diri.. kita boleh jual apa yang kita rasa berbaloi..

2. modal atau tanpa modal
>> org kata.. modal besar dapat menjanjikan perniagaan berjaya.. itu silap.. tak semestinya modal besar bisnes kencang.. kerana ada jugak modal besar... kerugian pun besar..
>> dan ada juga tanpa modal.. bisnes boleh jalan.. kita boleh jadi agen.. dropship dengan modal minimum/rendah dan juga sebagai testimoni berbayar.. ini lagi senang dapat untung.. hehhe

3. produk
>> tanpa produk tetap pun kita boleh jual.. kita boleh promote produk yang kita guna.. tanpa perlu simpan stok.. dan menjual tanpa perlu menanggung apa2 kerugian.

terfikir dalam kepala.. macam nak jual aiskrim malaysia..
budak2 suka kan..
emm.. mcm2 perisa boleh buat.. lagipun.. peti ais saya besar.. kalau setakat 50 unit tu.. muat tu..
nanti boleh promote kat bebudak..
untuk edaran flyers tu.. akan cuba dilaksanakan bila aiskrim saya dah siap dan beku..

ok.. nanti kita sembang lagi..
saya perlu cari banyak ilmu..
nak berniaga kena ada ilmu.. ingat tu..

Byee..


Jom Klik2 sama2...

No comments:

Ciku.. ciku.. cak..

sign