Click Me... Click Me...

Yang Aku jengah sentiasa

Thursday, June 4, 2009

Makanan mengikut Kumpulan Darah

MAKANAN PALING BAIK UNTUK DARAH JENIS A

Ikan kap, kod, mekerel, salmon, kerisi, sardine
Minyak linseed, zaitun
Cheese soya, air soya
Biji labu, kacang tanah, peanut butter
Kacang hitam, lentil, kacang pinto, soya merah
Kek beras, tepung soya, roti soya, tepung buckwheat, tepung oat, tepung beras
Tepung rye, mee soba (buckwheat)
Bijirin buckwheat
Buah apricot, cheri hitam, carrot, celery, anggur, nenas, prun, limau,
Semua plum, semua bawang
Sayur alfalfa, brokoli, bawang, artichoke, horseradish, kale
Dandelion, kohirabi, bayam, parsley, labu
Teh hijau, kamomil, Echinacea, halia, burdock, hawthorn
Ginseng, lidah buaya, milk thistle, rosehip, valerian, St John wort,
Kopi nyahkafein

Anda vegetarian, jadi hendaklah mengambil banyak kabohidrat dan kurangkan lemak. Riadah jenis ringan seperti golf dan berdusun. Risiko kanser dan penyakit kardiovaskular sangat rendah jika menjaga nutrisi.




Disarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.




Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.





MAKANAN PERLU DIELAKKAN DARAH JENIS A

Daging kambing, lembu, kerbau, ayam, itik, arnab, Hati – lembu, ayam
Ikan barracuda, keli, lala, kerang, tamban, belut, ketam, Sotong besar dan kecil, udang
Minyak jagung, kacang tanah, safflower, lenga
Butter, semua cheese, ais krim
Kacang brazil, pistachio, biji janggus, Kacang merah, buah pinggang, lima
Roti multigarain, gandum, matzos, English muffins, pumpernickel
Buah betik, oren, tomato
Sayur kacang parang, kobis, kulat, keladi, keledek, buah zaitun
Cili, lada
Pisang, kelapa, mangga, tembikai oren, limau
Mayonais
teh catnip, cayenne, consilk, rhubarb, the hitam, soda, semua minuman berkabonat, seltzer


MAKANAN PALING BAIK UNTUK DARAH JENIS B

Kambing
Kibasy
Arnab
Ikan kodsalmon, kerisi
Sardine
Mackerel
Minyak zaitun
Susu kambing
Keju
Dadih
Kacang bauh pinggang
Soya merah
Kueh beras
Nasi
Krispi beras
Oat
Tepung beras, oat
Kobis
Anggur
Nenas
Betik
Cranberi
Brokoli
Cili
Carrot
Cauliflower
Kulat
Parsley
Keladi, keledek
Lada
Pisang, anggur, betik, nenas, cranberi, semua plum
Epal, cheri, kiwi, longan, limau,prun
Mangga,strawberi, jambu, apricot,pears
Figs, blackberi, blueberi, kismis, kurma
Ginseng, halia, likoris, peppermint, rose hips, daun rasberi, sage
Teh hijau
Serbuk kari
Halia
Horseradish
Parsley cayenne pepper
Menggemukkan badan
Jagung, lentils, kacang tanah, biji lenga, gandum, buckwheat

Menguruskan badan
Sayur hijau, daging, telur, susu rendah lemak, hati-mencekapkan metabolisma
Teh licorice



Individu darah jenis B lebih fleksibel. Disarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.Diet golongan darah jenis ABPola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.Diet untuk darah jenis ODisarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Juga disarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.


MAKANAN PERLU DIELAKKAN DARAH JENIS B

Ayam, Itik
Ketam, Belut, lala, Octopus, sotong besar, Kerang, Udang
Minyak canola, Minyak jagung, Minyak kacang tanah, Minyak safflower, Minyak bunga matahari
Ais krim
Cashew nuts, Pistachio, Lenga, Biji bunga matahari, Biji labu
Corn muffin, Roti multibijirin, Rye, Roti gandum, Gandum, Wheat muffin
Cornflakes, Cornmeal
Mee, Nasi, Tepung dari gandum, Tepung barli, Tepung rye
Tomato, Avocado
Artichoke, Jagung, Labu, Tempeh
Tofu, tokua
Kelapa
Pear, Belimbing bintang
Sos dari tomato
Aloevera
Hops
Senna
Rhubarb
Soda, Semua minuman gas, carbonated
Pepper, lada
Kulit kayu manis
Ubi kayu ektrak almond



MAKANAN PALING BAIK UNTUK DARAH JENIS O

Daging – lembu, kerbau, kambing
Hati – anak lembu, ayam
Buah pinggang – semua
Jantung – semua
Ikan – kod, mekerel, sardine, salmon, parang
Minyak flaxseed, zaitun
Biji walnuts dan labu
Jus nenas, prun, cheri hitam
Broccoli, bawang
labu, ubi kayu, ubi keledek, bayam
Figs, semua plum, prun
The herba – cayenne, dandelion, fenugreek, halia, peppermint, rose hip, sarsaparilla, lime, hop, parsley
Air soda, seltzer
Serbuk kari


Menggemukkan badan

Gluten gandum
Jagung manis
Kacang buah pinggang, kobis, cauliflower

Menguruskan badan

Kelp, makanan laut
Garam beriodin
Hati
Daging merah, bayam, brokoli, kale




MAKANAN PERLU DIELAKKAN DARAH JENIS O

Sotong octopus, Ikan keli, Barracuda
Minyak jagung, Minyak kacang tanah, Minyak safflower
Blue cheese, Buttermilk, Cheddar cheese
Goats milk, Ice cream, Skimmed milk, Yoghurt
Brazil nuts, Cashew nuts, Peanuts, Peanut butter, Pistachio nuts
Kidney beans, Soya beans
Corn muffins, Corn bread, wheat bran muffins, wholewheat bread
cornflakes, cornmeal, wheatgerm, oat flour, plain flour, selfraising flour, sprouted wheat flour, wholewheat flour
apple cider, apple juice, cabbage juice, orange juice
alfalfa sprout
avocado
cabbage
cauliflower
mushrooms
olive
potato
sweetcorn
blackberries
coconut
melon – semua jenis tembikai
oren, strawberi, asam jawa, mayonnaise
alfalfa
aloevera
Echinacea
Senna
St john wort
Daun strawberi
Kopi, Soda, Teh
Kulit kayu manis
Pala, Lada, Vanilla, Cuka

Wednesday, June 3, 2009

Resepi Kimchi.. sedapnyer...

Aku memang nak sangat makan kimchi nih... sampai mengidam.. tapi still tak leh makan gak.. mana ada org Melayu wat benda alah nih.. aku pun search laa.. alih2 jumpa blog nih.. haa.. mmg pucuk dicita ulam mendatang laa.. aku minta kebenaran dari tuan punya blog untuk copykan resepi rahsia dia ni kat blog aku.. thanks ar brader...
Ini citer Brader Bahtiar

Kimchi
Lima tahun duduk kat Korea saya tak pernah pun buat kimchi sendiri.
Ni selepas lapan tahun grad baru ler tergerak hati nak buat kimchi sendiri. Saya tak suka kimchi yang terlalu masam, jadi saya perlukan kimchi yang menepati selera saya.

Nak senang cerita, Kimchi ialah sayur jeruk. Ada bermacam-macam jenis kimchi tapi yang paling biasa ialah Paechu Kimchi iaitu kimchi kobis cina.

Bahan-bahan utama:


sebiji kobis cina,
secawan serbuk cili,
sebiji bawang besar,
sejambak bawang putih,
sepotong halia sebesar ibu jari,
4tbsp cincalok,
2tbsp sos ikan.

Mula-mula kopak kobis satu persatu, kalau kotor sangat basuhlah dengan air. Kalau nak tambah carrot boleh juga, hiriskan carrot tu. Nak tambah lobak putih pun boleh. Lobak putih tu nak hiris pun boleh dan kalau nak buat Koktugi Kimchi potong dadu sebesar ibu jari pun boleh.
Sediakan air garam. Agak-agak ler air garam tu nak yang masin macam air laut punya.


Pastu rendamkan kobis, carot dan lobak putih tadi kedalam air garam selama 4 ke 6 jam. Kalau anda terlelap sampai 8 jam pun takpe. Dia tetap akan jadi kimchi yang sedap.

Sambil menunggu tu anda buat ler cili dia. Dapatkan secawan serbuk cili. Mana nak cari serbuk cili ni? Boleh cari di kedai Korea kat Ampang. hehehe... Jauh tu. Beli le cili kering jenis yang lebar-lebar tu, buang bijinya dan guna pengisar kering; kisar sampai dapat serbuk cili. Pastu blend semua bahan tadi serbuk cili, bawang dan lain-lain. Boleh gunakan sedikit air atau cuka atau soda atau, saya gunakan Sprite. Agak-agak ler supaya senang nak blend. Pastu colek sikit, cuba rasa. Sedap tak? Kalau tak cukup masin sila tambah garam, kalau nak manis sikit tambahler gula. Kalau pekat sangat tambah sprite. Dia memang takde sukatan yang tepat. Ini resepi zaman perang takde masa nak sukat-sukat.. hehehe. Sebagai tambahan, hiriskan sejambak daun bawang dan gaulkan bersama cili ini.



Okay. Siap rendam kobis tu bilas sikit dan tos kan. Lepas tu lumurkan cili yang dah jadi macam cili boh tadi tu satu persatu ke permukaan kelopak kobis tadi. Susun dalam bekas dan tutup. Peringatan!! gunakan sarungtangan plastik bagi mengelakkan kesan pada kulit tangan. Kalau nak lambat masam simpan ler dalam peti sejuk, esok pagi dah boleh makan. Lepas 3 hari lagi sedap. Dia tak basi punya. Bila nak makan potong-potong ler.

Sesiapa yang ada restoran atau cafe kat area yang ada Korea atau international college ke, Kimchi ni amat sesuai dijual. Kira lah kos sendiri lepastu tentukan harga berapa nak jual. Kalau nak survey harga pergilah ke supermarket Korea kat Jln. Ampang tu. Selamat mencuba.
Sekian citer panjang dari brader Bahtiar.. kalau nak wat.. jgn lupa hantar kat aku semangkuk ek...


Monday, June 1, 2009

Diet Masyarakat Jepun...

Dipetik dari blog ERINSZA
Tetap langsing walau makan nasi. Sebenarnya, inilah rahsia kelangsingan dan diet yg diamalkan oleh wanita jepun.
Makan nasi, sayur, ikan dan buah-buahan tidak membuat seseornag itu gemuk, biarpun makan makanan ini dalam setiap hidangan dari pagi, tengah hari danmalam. Namun, makanan semuanyer dalam kuantiti yang kecil dan sederhana. Inilah rahsia utama yang menjadikan mereka sihat dan langsing.

Tidak tinggal sarapan.
Perkara paling wajib WANITA Jepun seharian adalah sarapan pagi. Tetapi, bukan sepinggan nasi goreng dengan telur mata bersama secawan kopi susu. Tetapi sarapan mereka adalah teh hijau, semangkuk nasi, sup misu dan tofu.

CONTOH MENU HARIAN ORANG JEPUN
SARAPAN
Nasi putih @ nasi merah
Sup miso dengan tofu
Sepotong kecil ikan makarel yang digoreng
1@2 potong tamago(Omelette jepun)
Potongan kecil rumput laut nuri teh hijau.
MAKAN TGH HARI
Bebola NAsi
Salad Tokyo
Teh hijau
MAKAN MLM
( Sama seperti Sarapan Pagi)

Ciku.. ciku.. cak..

sign